Wednesday, November 6, 2019

Hidangan Warisan Tak Luput Dek Zaman

Belum mencuba? Ambil peluang ini...Telur pindang warisan tinggi kandungan protein, kaya khasiat herba dan rempah ratus. Ramuan Turun Temurun.

Hidangan Warisan Tak Luput Dek Zaman

  1. Telur pindang dibuat secara tradisional bersama herba dan rempah ratus
  2. Mampu bertahan selama tiga bulan 
  3. Ia juga mempunyai rasa yang enak serta berkhasiat
Perusahan yang dijalankan selama 14 tahun lalu, kini dipasarkan ke 300 peruncit termasuk kiosk petrol, kedai makan dan runcit di Lembah Klang dan Nilai, Negeri Sembilan. Alhamdulillah...

https://1.bp.blogspot.com/-t7XSxs1ab64/XcAizRwbxBI/AAAAAAAAADE/7rm5WuwQiMwsZ_A9OozSsJl8y-UN2kc-gCLcBGAsYHQ/s400/KKL_TELUR%2BPINDANG%2B016.JPG








Jom Lanjutkan Bacaan ... Klik di sini...

Tuesday, November 5, 2019

Resepi Tradisonal yang terkenal. Terkenal untuk untuk majlis keramaian. Majlis perkahwinan, pertunangan

Telur pindang merupakan makanan resepi tradisional di negara kita yang telah wujud di beberapa negeri di Tanah Melayu. Namun begitu Telur Pinang lebih terkenal di Negeri Johor terutama di daerah Muar dan Batu Pahat.

Di negara kita, asalnya telur pindang pernah suatu ketika dahulu merupakan hidangan golongan berada dan bangsawan sahaja. Ini kerana cara penyediaanya sangat rumit, mengambil masa yang lama dan tambahan pula resepinya tidak diketahui ramai. Keunikan telur pindang adalah pada warna dan rasanya. Warnanya yan gelap membezakannya dari telu biasa dan rasanya yang unik pula atang dari ramuan pelbagai herba yang digunakan dalam penyediaannya

Pada amnya Telur Pindang hanya boleh didapati di majlis-majlis keramaian, terutama majlis pekahwinan dimana ia diberikan sebagai buah tangan kepada tetamu yang hadir. Sekiranya dihidangkan, selalunya hanyalah untuk tetamu istimewa sesuatu majlis itu. Lantas, kelibat Pindang sebagai hadiah di majlis keramaian pastinya membuat kebanyakan tetamu tidak mahu pulang sebelum diberikan hadiah istimewa itu. Nilainya yang istimewa itu ternyata meletakkan Telur Pindang sebagai suatu makanan khas dan bernilai.


Pada amnya Telur Pindang hanya boleh didapati di majlis-majlis keramaian, terutama majlis pekahwinan



Satu lagi kelebihan Telur Pindang adalah ia boleh disimpan selama 3 bulan hingga setahun pada suhu bilik. Oleh kerana ia tidak perlu disimpan dalam peti sejuk, ia menjadi pilihan "favourite" sebagai pemberian buah tangan kerana ia mudah dihias dan digubah.

Rasnya pula bukan sahaja lazat dan Telur Pindang juga kaya dengan pelbagai zat makan, vitamin, garam galian, protein serta khasiat herba-herba yang digunakan dalam pembuatannya. Seperti telur yang biasa, Telur Pindang boleh dimakan begitu sahaja, dimakan begitu sahaja, samaada sebagai sarapan, minum petang atau snek, atau sebagai pembuka selera (appetizer).

Ia juga boleh dihidangkan bersama makanan lain sebagai "penyeri" atau "pelengkap" seperti nasi beriani, nasi minyak, nasi lemak, pulut, salad, sup, laksa johor, lontong, mee kari, rojak dan sebagainya. Pendek kata, Telur Pindang begitu versatil, ia boleh dihidangkan dengan apa sahaja, biarpun sebagai pembasuh mulut!

Telur Pindang Warisan Di Akhbar, Jom Tinjau..

Alhamdulillah, dengan izin Allah... Telur Pindang Warisan Semakin Mendapat Sambutan. Jangan Lupa Untuk Mencuba Juga. Jom Tinjau..

Abdul Jalil majukan telur pindang warisan



tempoh masak telur pindang dengan ciptaan dapur terkini. Permudahkan proses penghasilan